17 Januari 2012

Munajat Muslimat PAS menjelang PRU13

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu berjaya menganjurkan Munajat Perdana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Puan Zaitun Abas berkata program Munajat Perdana ini dibuat sebagai persiapan Muslimat PAS Kuala Terengganu menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, selain persiapan jentera kempen pilihan raya yang penting kebergantungan kepada Allah SWT amat diperlukan.

Menurutnya, secara fizikal memang PAS tidak mampu menandingi kemewahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari sudut kewangan.

Namun, katanya PAS mempunyai kekuatan dan keyakinan kepada Allah SWT serta pertolongan-Nya.

“Hari ini, kita (muslimat) buat Munajat Perdana dengan pengisian solat hajat, bacaan Yaasin dan takzirah.

“Kita (PAS) memang tidak boleh lawan dari segi kebendaan dan kewangan Umno-BN tetapi kita ada pertolongan Allah SWT.

“Kita (muslimat) juga buat taklimat gerak kerja pilihan raya dan menerangan oleh Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Bachok, Kelantan iaitu Dr Wan Martina Wan Yusuf,” jelasnya.

Menurut beliau, setiap bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) dikehendaki menghantar 50 orang muslimat yang melibatkan 200 pesertanya.

Buletinonline dimaklumkan empat Dun di kawasan Kuala Terengganu terlibat dalam program munajat tersebut iaitu Muslimat PAS Dun Bandar, Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok.

Buletin Online

Tiada ulasan: