17 Januari 2012

Ambiga: Lagi himpunan BERSIH jika syor PSC ditolak

23 Safar 1433H. [MOD] -

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

azlanBeliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AMBIGA should work as a Picket organizer coz she good at this. ! LOL Perhaps that's the only thing she know to do.. What a failure . Pathetic simply pathetic