16 Februari 2012

Maut bertembung lori

23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SEMABOK - Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori satu tan membawa pelbagai makanan mentah di Jalan Semabok, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, dalam kejadian jam 5.13 pagi itu, mangsa, Chua Gin Foo, 37, dari arah lampu isyarat simpang empat Semabok menuju ke arah lampu isyarat Lebuh AMJ, dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta jenis Honda City bertembung dengan lori dipandu Zainudin Abu Hassab, 58, yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di badan berikutan tersempit di tempat duduk pemandu.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas 20 minit tiba di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, suasana di tempat kejadian bertukar kecoh apabila seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa memarahi petugas media merakam gambar kemalangan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: