16 Februari 2012

Gempa bumi 5.8 skala Richter gegar Papua New Guinea

23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SYDNEY 16 Feb. – Satu gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Papua New Guinea awal semalam, tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang melanda wilayah timur negara ini berada pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak 87 kilometer ke selatan bandar Lae, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). – AFP

Tiada ulasan: