16 Februari 2012

Lelaki cedera parah diserang penyokong bola Selangor

23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TUAN ROZAIMI yang cedera dibaling batu-bata masih belum sedarkan diri ketika ditemui di PPUKM, Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan didakwa menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selangor apabila dahi dan tengkoraknya retak dibaling dengan batu-bata sebaik sahaja perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini kelmarin.

Ekoran kejadian itu, Tuan Mohd. Rozaimi Tuan Kuning, 37, terpaksa menerima 10 jahitan dalam kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 11 malam.

Ejen sebuah syarikat pelancongan itu kini berada dalam keadaan separuh sedar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini. Dalam perlawanan itu, Selangor menang dengan keputusan 2-1.

Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 30-an, memberitahu, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan sebilangan penyokong Kelantan berjalan keluar ke pintu pagar selepas perlawanan tamat.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi benda dibaling dan apabila ditoleh dia melihat Tuan Rozaimi terduduk sambil memegang dahinya.

“Saya juga lihat sebiji batu-bata bergolek di sebelahnya. Pada masa sama, darah mengalir keluar melalui hidung dan luka di dahi Tuan Rozaimi.

Kosmo

Tiada ulasan: