16 Februari 2012

Sesat: Kenyataan Ahmad provokasi, terdesak

23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 16 Feb: Dewan Ulamak PAS Terengganu menyifatkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya PAS adalah ‘parti ajaran sesat’ kerana terdesak serta bersifat provokasi.

Ketuanya, Datuk Husain Awang menjelaskan bahawa ajaran sesat adalah ajaran yang menderhakakan Allah dan rasul-Nya.

Oleh itu, katanya siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran.

“PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang negara. Dasarnya ialah Islam dan hukum tertingginya adalah al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias.

“Matlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum syariat dan bertindak melalui kaedah amar maaruf dan nahi munkar,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini. (Gambar)

Menurutnya, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut yang dikeluarkan orang nombor satu di negeri ini.

Katanya, PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan di manakah ajaran sesat yang dirancang serta dilaksanakan di negeri tersebut.

Bahkan, kata beliau kerajaan PAS Terengganu pernah meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, sunnah, ijmak dan qias serta meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir.

Harakah Daily

Tiada ulasan: