10 Februari 2012

Michelle Obama bimbang tentera AS gemuk

17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 10 Feb. – Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama berkata, kegemukan di kalangan tentera AS adalah sesuatu yang membahayakan dan perlu diubah.

Beliau yang menghadiri acara di Little Rock, Arkansas, semalam, yang turut dihadiri oleh pegawai tinggi Pentagon mengumumkan kempen kesedaran mengenai kegemukan dan pemakanan, sesuatu yang bakal mengubah piawaian pemakanan pasukan tentera buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun.

Perubahan itu akan memperkenalkan lebih banyak pemakanan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin serta makanan rendah lemak kepada 1,100 kemudahan tempat makan tentera dalam beberapa bulan akan datang. – REUTERS

Tiada ulasan: