15 Februari 2012

Tevez enggan mohon maaf

22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PENYERANG Manchester City Carlos Teves enggan memohon maaf kepada pengurusnya Roberto Mancini dan ber­anggapan tiada kesalahan yang dilakukan kepada jurulatihnya itu yang mewajibkan dia berbuat demikian.

Tevez sebelum ini digantung dua minggu untuk memberi laluan kepada pengurusan kelab menyiasat insiden dia enggan mematuhi arahan Mancini ketika aksi menentang Beyern Munich, September lalu.

Ekoran insiden berkenaan, Tevez ‘menyembunyikan’ diri ke Argentina kerana dikatakan tidak tahan dengan situasi yang melandanya ketika itu.

“Kerana insiden itu juga seluruh peminat City marah dengan saya. Saya kecewa, marah dan tidak faham apa yang berlaku sehingga saya lupa bagaimana kesetiaan mereka kerana saya tahu perkara ini terjadi kerana pembohongan yang City buat kepada penyokong,” katanya yang tidak menyaksikan perlawanan City sepanjang bulan lalu.

Tevez juga mengakui, dia sering berselisih faham dengan pengurusnya, bagaimanapun menganggap ia perkara biasa dan akan berbaik selepas itu.

Bagaimanapun segalanya berubah selepas keengganan­nya mematuhi arahan Mancini pada aksi menentang Bayern yang mahukan dia bersedia beraksi ketika diletakkan di bangku simpanan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: