15 Februari 2012

Pasangan cuba lari elak dicekup

22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DAMANSARA DAMAI – Cubaan sepasang kekasih cuba melarikan diri tidak kesampaian apabila mereka berjaya dicekup unit cegah maksiat Masjid Al-Muhtadeen dan Biro Keselamatan Apartment Idaman di sebuah hotel bajet awal pagi semalam.

Pasangan berusia 28 dan 24 tahun itu cuba melarikan selepas mendapat tahu hotel tempat mereka menginap diserbu.

Ketika disoal, wanita itu memberikan pelbagai alasan termasuk mengakui lelaki yang datang bukan kekasihnya tetapi kawan yang kebetulan mahu menghantar makanan.

“Saya sepatutnya menginap di rumah rakan, tetapi kerana rumahnya tidak cukup bilik, saya disuruh menyewa hotel,”katanya kepada Sinar Harian.

Sementara lelaki yang bekerja sebagai juruteknik menara telekomunikasi mengaku hanya mahu menghantar makanan.

“Dia bukan teman wanita saya kerana saya datang ke sini untuk tolong beli makanan sahaja,”katanya yang tinggal di Bandar Sri Damansara.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai operasi yang dijalankan Imam Masjid Al-Muhtadeen, Ustaz Mohd Fadhil Mohd Nor berkata pemantauan akan terus dibuat di lokasi berisiko menjadi port remaja melakukan maksiat di perumahan itu.

“Kita akan lakukan rondaan tambahan pula semalam ialah sambutan Hari Kekasih, kerana tahun lalu kita berjaya memberkas tujuh pasangan berkhalwat di hotel yang sama,”katanya

Sinar Harian

Tiada ulasan: