27 Mac 2012

Liga Perdana: MU atasi Fulham 1-0

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MANCHESTER United (MU) menang tipis ke atas Fulham, tetapi terus mengekalkan kedudukan di tangga teratas persaingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dengan melengkapkan 30 perlawanan setakat ini, MU yang mencari gelaran tunggal musim ini, mengumpulkan 73 mata berbanding Manchester City 70 mata.

Gol tunggal dalam perlawanan menentang Fulham dijaringkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-42.

Fulham yang cuba menyamakan kedudukan kecewa apabila peluang tendangan penalti dinafikan pada minit ke-90.

Sinar Harian

Tiada ulasan: