05 April 2012

Guardiola: Kami berhak ke separuh akhir

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENGENDALI Barcelona, Pep Guardiola teguh mempertahankan dua penalti yang diberikan kepada pasukannya dalam pertemuan dengan AC Milan di laman sendiri sekali gus menyaksikan mereka menang 3-1.

Menegaskan mereka berhak untuk meneruskan saingan ke pusi­ngan separuh akhir Liga Juara-Juara, Guardiola berkata dia tidak kisah sekiranya penyerang Milan, Zlatan Ibrahimovic merasakan Barcelona tidak layak untuk menang.

“Kami sudah menang dan terima kasih kepada pengadil, saya tidak kisah dengan apa yang ingin diperkatakan Ibrahimovic atau Jose Mourinho kerana kami akan bermain di separuh akhir untuk lima kali berturut-turut dan itu sudah semestinya membawa makna yang sangat besar,” katanya.

Keputusan pengadil, Bjorn Kuiper memberikan dua sepa­kan penalti buat Catalans mengundang kontroversi terutama apabila Ibrahimovic mendakwa Uefa sudah membuat konspirasi untuk membawa Bercelona ke pusingan akhir liga.

Sinar Harian

Tiada ulasan: