05 April 2012

Lelaki menyamar polis dipenjara, sebat

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang menyamar polis untuk tujuan penipuan dan memperdaya seorang pelajar sebuah kolej di sini, tiga tahu lalu, dijatuhi hukuman 18 bulan penjara dan dua sebatan.

Hukuman diputuskan oleh Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Nazaruddin Awang, 31, mengaku bersalah memperdaya Muhammad Syahir Pendak@Abdullah, 22, sehingga pemuda tersebut menyerahkan motosikalnya kepada tertuduh pada jam 6.30 pagi, 19 Mac 2009.

Berdasarkan fakta kes, mangsa didatangi tertuduh yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dan mahu meminjam motosikal Honda Ex5 milik pengadu.

Pengadu kemudian menyerahkan motosikal tersebut bagaimanapun tertuduh terus menghilangkan diri.

Berasa tertipu dengan tindakan tertuduh itu, mangsa bertindak membuat laporan di balai polis Kota Bharu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.

Untuk rekod, tertuduh pernah memiliki rekod lampau kesalahan sama dan dihukum 12 bulan penjara dan dua sebatan, sebelum ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: