23 April 2012

Siasatan nahas pesawat dicurigai

1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD - Lembaga Penerbangan Awam Pakistan mendakwa, sedang meneliti penyebab utama yang mungkin mencetuskan nahas sebuah pesawat terhempas Jumaat lalu, di ibu kota Islamabad sehingga meragut seramai 127 nyawa penumpang dan anak kapal.

Sehingga kini, ketua penerbangan Bhoja Air masih disekat daripada meninggalkan negara, namun beberapa pihak percaya siasatan terhadap pesawat Boeing 737 itu tidak akan menemui sebarang jawapan serta mempersoalkan sama ada ia benar-benar selamat untuk terbang di udara negara Pakistan.

Nahas penerbangan itu merupakan bencana pesawat kedua terbesar dalam tempoh dua tahun ini.

Pada Julai 2010, sebuah jet penumpang Airbus yang membawa 321 penumpang dari Karachi terhempas dan menyebabkan sekurang-kurangnya 152 orang terbunuh.

Sinar Harian

Tiada ulasan: