24 Mei 2012

3 nyaris maut kemalangan

3 Rejab 1433H. [MOD] -

SABAK BERNAM – Berpantang maut sebelum ajal apabila tiga terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kereta Hyundai Sonata di kilometer 56, Jalan Teluk Intan– Klang dekat Peket 60, kira-kira jam 8.30 pagi,semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu pacuan empat roda,, Mohd Hadi Abd Hamid, 19, dari arah Sungai Besar ke Klang cuba mengelak sebuah kereta jenis Myvi dari arah sama, yang tiba-tiba menukar laluan masuk ke lorong kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohamad berkata, cubaan mengelak Myvi menyebabkan pacuan empat roda yang dipandu masuk ke lorong bertentangan.

“Ia menyebabkan pacuan empat roda itu bergesel di bahagian pintu hadapan dengan Sonata Hyundai dari arah Klang menuju Sungai Besar yang dipandu Nawawi Che Om, 48 bersama jirannya, seorang wanita berusia 39.

“Keadaan itu menyebabkan 4x4 berpusing sebelum terbabas masuk ke dalam parit berhampiran. Bagaimanapun, Mohd Hadi berasal dari Sungai Nibong dan Nawawi berasal dari Sungai Besar tidak alami kecederaan,” katanya.

Manakala penumpang kereta yang duduk di bahagian belakang pemandu patah peha kanan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak untuk rawatan dan kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Menurut Noor Mushar, setiap pengguna jalan raya perlu berhati-hati terutamanya di antara Tanjong Karang–Sabak Bernam yang dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: