24 Mei 2012

Rampasan terbesar RM180,000

3 Rejab 1433H. [MOD] -

HULU LANGAT - Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Langat berjaya merampas pakaian tiruan bernilai hampir RM180,000 dalam serbuan ke stor penyimpanan di Taman Orked, Batu 9, Cheras, petang semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Fauzi Mustaffa berkata, serbuan kirakira jam 1 petang dianggotai sembilan penguatkuasa tersebut berjaya merampas 12,000 helai jersi tiruan daripada dua jenama terkenal dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, hasil maklumat awam dan risikan anggota selama seminggu berjaya mengenalpasti stor penyimpanan bagaimanapun ketika serbuan stor tersebut tidak berpenghuni dan pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenalpasti pemilik stor berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Kita percaya stor yang baru beroperasi sekitar empat bulan ini merupakan salah satu stor penyimpanan mereka sebelum edar kepada peniaga terutamanya di pasar malam dan pasar lewat malam.

“Tindakan diambil di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 mensabitkan Larangan Perihal Dagangan Palsu jika dilakukan boleh didenda maksimum RM15,000 setiap barang,” katanya.

Fauzi berkata, bagi kesalahan kedua boleh didenda maksimum RM30,000 manakala bagi orang perseorangngan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barang atau boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua, individu boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun. “Wakil cap dagang telah hadir untuk buat pengecaman awal dan mendapati barangan ini tiruan dan ini merupakan rampasan terbesar bagi daerah ini setakat ini,” katanya.

Menurut Fausi, kemasukan barangan tiruan ini bermusim berdasarkan fenomena dunia memandangakan Musim Bola Sepak Euro 2012 tidak lama lagi, kemasukan pakaian tiruan semakin rancak.

Sinar Harian

Tiada ulasan: