10 Mei 2012

Prometheus, debaran misi anak kapal

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BAKAL ditayangkan Jun ini, Prometheus, filem sains fiksyen diarahkan Ridley Scott dan hasil tulisan Jon Spaihts dan Lindelof Damon.

Filem bergenre aksi dan seram ini dibintangi pelakon terkenal Hollywood seperti Noomi Rapace, Michael Fassbender, Guy Pearce, Idris Elba, Logan Marshall Green dan Charlize Theron.

Menggunakan latar belakang dunia akhir abad ke-21, filem ini mengisahkan sekumpulan anak kapal Prometheus yang meneroka satu tamadun untuk mencari asal-usul manusia.

Merupakan prequel daripada filem sains fiksyen, Alien arahan Ridley sendiri pada1979, filem ini bukanlah sekadar memenuhi keperluan peminat terhadap dunia makhluk asing,

Menurut Ridley, pembikinan filem itu sekali gus membawa penonton meneroka mitologi dan idea dalam dunia makhluk asing.

“Filem ini tidak sama mana-mana filem makhluk asing yang pernah dihasilkan. Saya yakin ia membawa perubahan baru dalam penghasilan filem sama dengannya,” katanya.

Berikan terbaik

Selain Kanada, filem ini menggunakan England, Iceland, Sepanyol dan Scotland sebagai lokasi penggambaran yang bermula Mac tahun lalu.

Ridley berkata, tidak menjadi masalah baginya mendapatkan suasana dan persekitaran sesuai bagi pembikinan filem itu.

“Produksi menggunakan set yang praktikal. Malah, kami menggunakan prop serta kamera yang terbaik untuk menjayakannya,” katanya.

Bercerita pembikinan filem ini, jelas Ridley, dia beri tumpuan sepenuhnya kepada filem itu.

“Ini filem 3D pertama saya, jadi saya mahu setiap rakaman 3D yang dilakukan berjaya memberikan ilusi hebat,” katanya.

Kemampuan pelakon

Bagi Ridley, pemilihan pelakon yang sesuai turut menyumbang kepada kejayaan sesebuah filem itu.

Menurutnya, setiap pelakon terlibat dalam filem Prometheus mempunyai keistimewaan dan daya tarikan tersendiri.

“Saya percaya setiap aktor dan aktres terlibat. Pemilihan mereka mempunyai alasan dan sebab munasabah.

“Lagi pun, kesemua pelakon telah menunjukkan komitmen dan tahap lakonan hebat sepanjang penggambaran filem ini,” katanya.

Sementara salah seorang pelakon utamanya, Noomi Rapace menyifatkan Prometheus sebuah filem yang kejam, namun masih menarik untuk ditonton.

“Sebagai pelakon, saya percaya penonton akan terpikat kepada jalan ceritanya,” katanya ringkas.

Sinar Harian

Tiada ulasan: