18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BUCHAREST: Dua gol jaringan penyerang kelahiran Colombia, Radamel Falcao mencetuskan kemenangan 3-0 Atletico Madrid ke atas rakan senegara, Athletic Bilbao pagi tadi dan kejayaan kedua menjulang trofi itu dalam tempoh tiga musim.
Falcao juga muncul pemain pertama mengucup trofi Liga Europa/Piala UEFA untuk kelab berbeza ketika pernah menjaringkan gol kemenangan sewaktu bersama Porto musim lalu.
Pada aksi pagi tadi, dia menyumbat dua gol bagi menjaringkan jumlah jaringan keseluruhan musim ini kepada 12.
Sementara itu, pemain tengah Brazil, Diego, yang terlepas kesempatan beraksi untuk Werder Bremen ketika bertemu Shakhtar Donetsk pada final 2009 kerana digantung, menambah jaringan Atletico Madrid dengan gol pada babak kedua bagi menghadiahkan trofi berprestij itu buat jurulatih Argentina, Diego Simeone yang baru dua bulan memikul tugas. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan