19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Penarikan balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah bukti kukuh bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak layak memegang jawatan masing-masing.
Rang undang-undang tersebut telah dibuat secara membuta-tuli. Jika tidak pasti ia akan disokong oleh ahli-ahli parlimen BN, juga secara membuta-tuli. Pengerusi dan timbalannya telah ‘buta dan tuli’. Ini adalah alasan kukuh untuk mereka melepaskan jawatan.
Saya benar-benar kagum dengan sikap Timbalan Pengerusi SPR. Dalam respons segera melalui media, dia berkata bahawa rang undang-undang itu telah dicadangkan dengan niat untuk memperbaiki sistem pilihan raya.
“SPR faham masalah-masalah yang dihadapi kerana kakitangan SPR tahu apa yang berlaku dan bagaimana untuk melaksanakan tugas. Jika tidak, pasti SPR tidak akan mencadangkan sesuatu yang boleh membawa kepada lebih masalah,” katanya, menegakkan benang basah. Beliau begitu kental dengan keegoannya.
Wahai pengerusi SPR dan timbalan, jika tidak mahu melepaskan jawatan, tolonglah transformasikan diri sendiri dan organisasi. Libatkanlah pihak-pihak yang berkepentingan apabila perlu.
Harakah Daily

1 ulasan:
Kalau UMNO gulung tikar dalam PRU13 nanti, bersiap sedialah engkau aduhai Aziz dan Wan Ahmad untuk tinggal dan mati pun mungkin di dalam penjara dengan ditemani oleh pesalah rogol dan pembunuh kanak-kanak bersiri............
Catat Ulasan