20 Jun 2012

Ali diharap tingkat imej penjawat awam

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.

Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti.

“Oleh itu peringatan daripada Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Datuk Seri Dr Ali berkhidmat dengan sikap yang penuh profesional dan berintegriti serta tidak menjadi ‘budak catur’ Umno dan Barisan Nasional,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan semoga Ali akan dapat membina imej baru penjawat awam yang lebih baik berbanding imej sebelum ini yang dilihat sebagai ‘kotor’ kerana disebabkan politik ‘kongkong, ugut dan ancam’ puak-puak Umno dan Barisan Nasional.

Harakah Daily

Tiada ulasan: