20 Jun 2012

Euro 2012: Trapattoni tetap mahu latih Ireland

30 Rejab 1433H. [MOD] -

JURULATIH Republik Ireland, Giovanni Trapattoni, tekad mempertahankan jawatannya walaupun pasukannya tersingkir di peringkat kumpulan dalam kejohanan Euro 2012.

Trapattoni bagaimanapun tetap memandang ke hadapan dan berusaha membentuk pasukannya untuk layak ke kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Saya merasa bangga dengan komitmen yang diberikan pemain, kami tewas kepada Itali namun bangga dengan persembahan mereka semua.

"Sememangnya kami kecewa dengan kegagalan ini dan kami memahaminya kerana telah melakukan segala yang termampu," katanya.

Jelasnya, dalam kehidupannya bergelar jurulatih banyak kenangan pahit dan manis.

"Seandainya kalah saya tidak boleh tidur malam mungkin terlalu memikirkan kekalahan atau pun disebabkan kesilapan yang saya lakukan," katanya.

Ireland akan bermain untuk kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Kazakhstan, September ini dan hanya kemenangan yang akan membantu perjalanan Ireland ke peringkat seterusnya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: