20 Jun 2012

Mubarak dalam keadaan koma, belum meninggal dunia

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami strok di dalam penjara, kata sumber pasukan perubatan dan ketenteraan, sambil menafikan beliau sudah meninggal dunia.

Tahap kesihatan yang tidak menentu pemimpin yang digulingkan itu bermula selepas ketegangan terbaru di negara berkenaan, dengan kedua-dua calon presiden mendakwa memperoleh kemenangan dan kerajaan tentera pula dikatakan mendapat mandat baru.
“Mubarak tidak mati. Dia dalam keadaan koma dan doktor masih cuba untuk menyelamatkannya,” menurut satu sumber perubatan. - AFP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teringat bagaimana mustafa kamal ataturk nak padam dulu.....
depa bawak dia ke tengah laut.....pasai kuat meracau....
dlm istana terasa sangat panas.......

hidup lah tapi jngn menzalimi sesama manusia...
ada ubi ada batas
ada hari kena balas.........