20 Jun 2012

Remaja mati selepas batuk, sesak nafas

30 Rejab 1433H. [MOD] -

MAHANG, KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun ditemui mati di biliknya kira-kira jam 9 pagi kelmarin setelah mengadu batuk dan sukar bernafas.

Mangsa sebelum ini me­rupakan seorang pelajar pintar dan pernah mendapat rawatan di Hospital Kulim sejak dua tahun lalu tetapi doktor pakar gagal mengesan penyakit dialaminya.

Bapa mangsa berkata, le­bih membimbangkan apabila badan anaknya beransur kurus kerana tidak mempunyai selera makan.

“Pada jam 9 pagi anak sa­ya kata dia penat dan ingin berehat, saya menyuruhnya berehat di biliknya. Tiba-tiba saya terdengar mangsa batuk kuat dan pergi kepadanya. Mangsa mula sesak nafas dan keadaannya semakin tenat.

"Kami kemudiannya me­maklumkan kepada pu­sat kesihatan yang ada di tempat kami untuk bantuan kece­ma­san. Kakitangan am­bulan ke­mudiannya membuat peme­riksaan dan mereka mengesah­kan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

Atas persetujuan waris, mayat mangsa tidak dihantar ke hospital untuk dibedah siasat sebaliknya mereka terus menjalankan upacara pengebumian.

Ketua PKR cabang, Saari Fadzil Hud yang turut hadir ke rumah mangsa memberi sumbangan wang tunai secara peribadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salih berkata, polis menjalankan siasatan terhadap kematian mangsa mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar Harian

Tiada ulasan: