20 Jun 2012

Euro 2012: Bendtner, Rusia ketuai senarai bayaran denda tertinggi

30 Rejab 1433H. [MOD] -

GARA -GARA mempamerkan seluar dalam yang ditaja Paddy Power, penyerang Denmark Nicklas Bendtner didenda £80,000 (RM396,607) sekali gus mengiringi Rusia yang mengetuai senarai bayaran tertinggi sepanjang kempen Euro 2012 setakat ini.

Bukan setakat itu, Bendtner yang tidak menyedari perbuatannya itu melanggar perjanjian komersial Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), turut digantung satu perlawanan di kelayakan Piala Dunia 2014.

Dengan denda mencecah £80,000 (RM396,607), menjadikan Bendtner individu tertinggi didenda, kurang RM79,414 daripada denda yang dikenakan ke atas Rusia sebanyak £96,000 (RM476,021).

Jumlah denda tersebut bagaimanapun tidak termasuk denda £24,300 (RM120,493) kerana salah laku penyokong Rusia yang melempar bunga api dan mempamerkan sepanduk haram di dalam stadium ketika aksi menentang
Poland.

Kesatuan Bola Sepak Rusia juga didenda £96,000 (RM476,021) selepas penyokong mereka bertembung dengan anggota keselamatan dan petugas perlawanan pada aksi pembu kaan Kumpulan A menentang Republik Czech

Sinar Harian

Tiada ulasan: