20 Jun 2012

Tentera Mesir setuju serah kuasa 30 Jun

30 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Majlis Tertinggi Tentera, kelmarin memberi jaminan untuk menyerahkan kuasa kepada presiden baru Mesir menjelang akhir bulan ini.

Jeneral Mahmduh Shahin berkata, presiden baru yang dilantik menerajui negara itu akan memperoleh kuasa penuh untuk mentadbir kerajaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan banyak pihak terutamanya, Parti Islam di bawah Ikhwanul Muslimin melahirkan rasa tidak puas hati.

Mereka mendakwa tentera mahu memonopoli kuasa, susulan daripada keputusan mahkamah mengarahkan Parlimen dibubarkan kerana didakwa bercanggah dengan Perlembagaan.

Sehari sebelum calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytiharkan secara tidak rasmi memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua kelmarin, kerajaan sementara Mesir itu turut mengeluarkan dokumen meminda Perlembagaan yang memberi kuasa terhadap kawalan perundangan.

Tujuan tentera mengawal kuasa perundangan adalah untuk mewujudkan keseimbangan pentadbiran dan mengkaji cadangan undang-undang kerajaan sebelum dikemukakan kepada presiden.

Difahamkan, tentera turut diberi kuasa mengawal hak veto berhubung sebarang penggubalan Perlembagaan

Sinar Harian

Tiada ulasan: