15 Rejab 1433H. [MOD] -
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.
Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.
Kenyataannya itu menerima kritikan keras daripada setiausaha pengelola kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong yang berkata Anwar bertindak dengan tidak bertanggungjawab melalui saranannya kepada peminjam untuk melanggar undang-undang.
"Demi meraih sokongan daripada pengundi muda, Anwar menggunakan langkah populis untuk mendapatkan undi dalam cita-citanya untuk mengambil alih sebagai perdana menteri.
"Apa yang menyedihkan, beliau nampaknya bangga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu.
"Hanya pemimpin (Pakatan Rakyat) yang berani menunjukkan keingkaran kepada undang-undang seperti itu.
malaysiakini/-
1 ulasan:
Sebagai pengundi muda, saya tak setuju. Malah tidak tertarik langsung dengan manifesto yang dibuat. Langsung tidak realistik. Istilah meminjam, harus bayar balik kenapa menyeru masyarakat untuk tidak membayar? Dan perihal turunkan harga minyak dalam tempoh setahun selepas pengambilalihan, langsung tidak realistik. Lagi satu, kalau pendidikan tinggi pun percuma seperti pendidikan rendah dan menengah, di mana keistimewaannya pendidikan tinggi di mata masyarakat?? Yang terjadi hanyalah lambakan mahasiswa yang tidak bermutu.
Catat Ulasan