15 Jun 2012

Demo di Kedutaan Myanmar selepas solat Jumaat

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS akan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) mengadakan himpunan dan menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Myanmar hari ini.

Himpunan tersebut bagi membantah tindakan regim negara itu yang melakukan kekejaman terhadap warga Rohingya.

Himpunan akan bermula sejurus solat Jumaat dan akan berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan itu.

"Seluruh anak muda dan warga perihatin diajak bersama dalam penyerahan memorandum ini.

"InsyaAllah 5000 warga Rohingya akan berarak bersama kita," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Selasa lalu hampir 500 warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amrika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar.

Mereka merayu bantuan bagi menangani insiden pembunuhan terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini.

Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: