13 Mei 2013

Blackout 505: PAS serah kepada negeri

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS negeri sama ada mahu menyertai atau tidak perhimpunan Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’.

“Kita serahkan kepada (PAS) negeri sama ada mahu menyertai atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama PAS yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi Parlimen manakala BN memenangi 133 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan.

Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat mendapat sambutan luar biasa bermula di Kelana Jaya Rabu lalu, Pulau Pinang Sabtu lalu dan Perak malam tadi.

harakahdaily-/

Tiada ulasan: