13 Mei 2013

Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada 22 November

3 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Untuk tujuan itu Mustafa berkata, tarikh untuk diadakan mesyuarat agung bagi peringkat cawangan dan kawasan termasuk dewan-dewan serta muktamar dewan-dewan negeri dan pusat juga telah ditetapkan.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei ini sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: