13 Mei 2013

Presiden PAS kunjungi MB dan Exco Kelantan


3 Rejab 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang, mengunjungi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, di pejabat Menteri Besar pagi tadi.



Tuan Guru ditemani Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Menteri Besar baru itu.

Kunjungan itu antara lain bagi merakamkan tahniah kepada Ahmad atas perlantikan beliau serta kepada kerajaan Kelantan yang masih mengekalkan kemenangannya masuk tahun ke 23.

Selepas itu, Tuan Guru Ahbdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan dengan anggota exco kerajaan negeri yang baru di bilik mesyuarat Menteri Besar.

Pada pertemuan itu beliau mengingatkan kerajaan Kelantan supaya berhati-hati dengan permainan kerajaan pusat yang semakin lemas selepas PRU 13 lalu.

Menurutnya, Umno BN akan memaut sesiapa saja untuk menyelamatkan diri mereka sebagaimana orang yang lemas di laut mencari tempat bergantung agar tidak terus dibawa arus.

“Apa yang penting dasar kebajikan serta pentadbiran berasaskan kasih sayang perlu diteruskan.

"Biar rakyat sayangi kerajaan PAS kerana kebaikkannya dan bukannya takut kerana kerajaan yang garang," katanya.

Sehubungan itu beliau juga mengucapkan tahniah pada anggota-anggota exco baru yang dilantik.

“Saya harap dokongilah kerajaan negeri sebaik mungkin dengan mewujudkan semangat kerja berpasukan dan penuh rasa kasih bersama-sama,”ujarnya.


harakahdaily/-

Tiada ulasan: