28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
PADANG TUNGKU - Beberapa masalah prasarana dan kemudahan rakyat di sini
gagal disempurnakan dengan baik hingga menyusahkan penduduk sekali gus
merugikan kerajaan negeri.
Timbalan Yang Dipertua Pas Lipis, Roslan Zainal berkata, ada projek dianggarkan bernilai RM2 juta dikatakan sudah siap, tetapi tidak boleh digunakan.
“Misalnya projek pembinaan loji air di Chegar Perah dianggarkan bernilai RM2 juta, tetapi gagal berfungsi sepenuhnya untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk.
“Projek itu dilaksanakan kira-kira 10 tahun lalu dan siap pada 2007, tetapi tidak mendatangkan manfaat hingga kini,” katanya.
Dalam pada itu, Roslan berkata, loji telaga tiub itu juga didapati menghasilkan bekalan air tidak bersih untuk digunakan penduduk menyebabkan operasinya dihentikan.
“Loji itu dihentikan operasi hingga sekarang dan kekal menjadi projek gajah putih.
“Keadaan itu menyebabkan penduduk tempatan hanya bergantung pada bekalan air bukit yang disalurkan terus ke rumah-rumah tanpa dirawat. Kita bimbang air bukit itu tercemar akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih timah,” katanya.
Roslan juga mendakwa ada projek diselia Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dari Kampung Melaka hingga Kampung Dada Kering, gagal disiapkan sepenuhnya.
“Kerajaan berjanji projek itu akan siap dua tahun lalu. Tetapi sehingga kini tiada bekalan air walaupun paip sudah dipasang di rumah-rumah penduduk,” katanya.
Sementara itu, Roslan juga memandang serius mengenai masalah kerosakan jalan raya yang berlarutan hampir 10 tahun di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Chegar Perah.
Sehubungan itu katanya, pihak bertanggungjawab diminta tampil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Saya harap segala janji akan ditunaikan pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang baik dan sempurna,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan