NAIROBI, Kenya - Sebuah syarikat kitar semula di sini mengambil
inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur
Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik.
Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan
beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai
untuk dikitar semula terutama selipar getah.
Pengasas syarikat tersebut, Julie Church berkata, matlamat pihaknya
adalah untuk menghasilkan beberapa produk yang bernilai yang boleh
dujual semula.
Para pekerja di syarikat itu akan menghasilkan 100 jenis produk berbeza daripada selipar getah yang dikitar semula.
Produk-produk menarik yang dihasilkan ialah replika buatan tangan seperti zirafah, gajah dan babi hutan.
Pada 2008, syarikat tersebut telah menghantar sebuah replika zirafah
setinggi 5.4 meter ke Rom, Itali untuk dipamerkan pada satu acara
fesyen.
Para pekerja akan membasuh selipar getah yang dikutip dan membaiki
barang lusuh tersebut Selipar yang pelbagai warna itu kemudian digam,
diukir dan diproses mengikut bentuk yang dikehendaki dan dibasuh sekali
lagi sebelum diproses menjadi pelbagai barangan termasuk permainan
kanak-kanak. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan