28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
ECATEPEC - Sebuah lori tangki gas meletup di lebuh raya di pinggir
bandar Mexico City mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh
serta berpuluh lagi cedera.
Menurut jurucakap polis, letupan itu menggegarkan Ecatepec, di utara ibu kota Mexico selain mencederakan 36 orang serta merosakkan kira-kira 15 kereta dan 40 kediaman terbakar.
“Sepuluh kanak-kanak adalah antara mangsa maut dan angka kematian dijangka meningkat. Bangunan berdekatan dan kereta turut meletup dalam kejadian awal subuh di kawasan penempatan masyarakat San Pedro Xalostoc itu,” katanya.
Beliau berkata, haiwan ternakan seperti kambing biri-biri, arnab dan anjing milik penduduk juga mati.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Gerardo Ruiz Esparza berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan sebuah trak mengawal kenderaannya ketika memotong, laporan dipetik daripada AP.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan