09 Mei 2013

PRU14 : kita perlukan undi Malaikat

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

1] Keputusan PRU 13 terlalu banyak tanda tanya yang melibatkan ketelusan dan kejujuran BN menghadapi PRU dan SPR yang mengendalikan PRU tersebut. Bermula laporan polis berkait dakwat kekal yang boleh dihilangkan sepenuhnya dalam tempoh tak sampai setengah jam sebagaimana berlaku di seluruh negara hinggalah laporan mengenai sogokan wang kepada pengundi jika mereka memberi undi kepada BN sebagaimana yang berlaku di DUN Tioman dan DUN Bukit Ibam.

2] Ketidaktelusan ini, jika boleh berlaku di satu kawasan maka tidak mustahil ia boleh berlaku di tempat yang lain pula. Tanggapan ini berasaskan hilangnya nilai integriti pada pelakunya. Tidak hairanlah 1001 lagi penipuan, penyelewengan dan keraguan berlaku termasuklah menggunakan pengundi warga asing, kertas undi awal yang tidak boleh dipantau dalam lokap, blackout dan lain - lain perkara yang mencetus rasa ragu dan hilang kepercayaan umum kepada sistem demokrasi negara.

3] Sebenarnya perkara seperti ini telah kedengaran dalam setiap kali PRU, cuma PRU13 dilihat sangat ketara. Tambahan pula berlaku dalam suasana rakyat terbanyak memberi sokongan dan menterjemahkannya kepada undi yang besar pada Pakatan Rakyat keseluruhannya sehingga meletakkan Barisan Nasional terpaksa membentuk kerajaan yang tidak popular.

4] Namun sistem "Westminster" yang bercirikan "First past the post" membolehkan BN membentuk kerajaan biarpun tidak memiliki undi popular. Justeru itu saya melihat PR pada masa akan datang setelah saya menilai pengalaman 6 kali PRU memerlukan "Undi Malaikat" bagi maksud menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

5] Allah SWT menjelaskan bahawa malaikat-Nya pernah turun membantu tentera Badar [313 orang] saat mereka berdepan dengan kekuatan musuh yang berlipat ganda [1000 orang]. Lihatlah bagaimana Allah swt menjelaskan situasi itu :

“(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.”

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).”

“(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

Surah Ali Imran : 122 - 125

6] Meneliti pendedahan Allah SWT yang memberi kemenangan kepada tentera Badar melalui bantuan ketenteraan malaikat, meskipun mereka dalam serba kekurangan adalah berpaksi kepada beberapa perkara yang mesti dimiliki terlebih dahulu oleh mereka sebelum mendapat bantuan malaikat tersebut. Perkara yang saya maksudkan itu hanyalah 3 perkara:

Taqwa + Ikhtiar + tawakal

7] Adunan tiga perkara ini menjadikan mereka layak mendapat sokongan dan bantuan 3 - 5 ribu tentera malaikat. Lantaran itu saya menegaskan, kita juga mesti berusaha mendapat bantuan malaikat ini untuk menang mengatasi lawan. Jika kita yang terdiri dari saf pimpinan, petugas dan ahli jamaah memiliki takwa, ikhtiar dan tawakkal yang cukup dan jelas, tidak mustahil kita juga akan dibantu oleh malaikat yang turun mengundi dan memberikan kita lebihan majoriti 3 - 5 ribu undi insyaallah.

8] Hanya "undi malaikat" yang boleh membawa kita menang dan akhirnya mampu melaksanakan perubahan besar dalam negara kita. Namun "undi malaikat" hanya akan diperoleh jika dasar, tindakan, hala tuju perjuangan yang kita dokong adalah "patuh syariah" atau dalam ertikata lain ia tidak bertentangan dengan syariah.

9] Termasuklah parti dan aktiviti tahaaluf siasi kita. Walaupun ia dari parti non muslim, asal mereka tidak menentang dan bertentangan dengan syariah malah menepati prinsip tahaaluf siyasi, maka ia berhak mendapat rahmat Allah SWT. Seperti usaha non muslim bertahaaluf dengan kita untuk menentang rasuah, monopoli, penyalahgunaan kuasa, penginayaan dan sebagainya adalah dikategori berkonsepkan patuh syariah dalam aspek politik justeru Islam turut mengajar kita agar menentang rasuah dan penginayaan.

10] Ertinya tidak memadai dengan hanya bergantung kepada kekuatan material semata - mata tanpa menafikan betapa perlunya kita memperkukuhkan kewangan, jentera, bahan kempen, strategi dan sebagainya. Segalanya itu adalah faktor membantu kemenangan kita. Apa yang perlu diinsafi ialah kita mesti memiliki faktor penentu kemenangan iaitu Nusrah Allah SWT.

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Ali-Imran 126)

Akhirnya, Pakatan Rakyat mesti bermula dari sekarang. Jangan meletakkan kedudukannya bertentangan dengan kehendak Allah SWT tuhan yang maha mencipta dan memberi rezeki. Termasuklah menyelesaikan isu kerusi bertindih dari awal agar tidak berlaku sengketa pada saat akhir yang merumitkan jentera untuk bekerja dan apa yang malang, ia akan membinasakan dan menghilangkan kekuatan kita ekoran sengketa yang berlaku.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam u all..kekuatan org Melayu bkn pd ketuanan Melayu or harta or ekonomi. Ini la masalahnya org Melayu?! Sebenarnya akidah org Melayu x seteguh n x mantap dlm mentauhidkan kalimah Allah. Org Melayu n raja2 Melayu masih kekal di sebabkn ada secebis iman dlm hati(Islam). PAS salah satu gerakan Islam yg di harap pun nampak mcm x berjaya kerana lebih kpd politik yg terikut2 dgn perkara yg x sepatutnya(fikir sendiri la) , di mana perjuangan hanya semata2 utk dpt pemerintahan/kuasa adalah satu cara yg x seberapa tepat utk tegakan Islam. W/pun politik ini salah satu kaedahnya. Cth Nabi Musa a.s adalah anak angkat kpd Firaun (seorg raja yg mandul) jika ikut logik akal Nabi Musa a.s patut xyah susah2 utk buat dakwah coz dia pasti akan warisi pemerintahan Firaun. Stop!! Jika Firaun mempunyai kerajaan yg begitu kuat dgn bala tentera n kejahatannya sehingga mengaku sebagai tuhan pun Allah perintahkan Nabi Musa a.s jumpa kaumnya utk mentauhidkn kalimah Allah(dakwah). Inikan pula setakat org UMNO yg sememangny beriman dgn Allah dan kekuatan kerajaan Malaysia ini setakat mana sangat la!! Cth yg lebih jelas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w semasa buat dakwah mentauhidkan Allah sehingga kpd kemuncak dakwah n org kafir Mekah berputus asa utk bendung dakwah Nabi s.a.w telah hantar wakil brjumpa kpd Nabi s.a.w utk menawarkn harta,wanita n kerajaan(raja Mekah) dgn syarat tinggalkan pekerjaan menyeruh manusia kpd Allah(mentauhidkn Allah/dakwah). Ikutkan logik akal patut nabi terima tawaran utk jadi raja or ambil harta coz bila 2 benda ni ada dlm tangan blh la didik org kafir mentauhidkn Allah. Tapi Nabi mulia Muhammad s.a.w x ambil cara ini sebaliknya teruskan kerja mentauhidkn Allah kpd manusia n yg lebih manis apa jawapan nabi kpd org kafir?! Lebih kurang maksudnya "sekiranya kamu mampu meletakan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku sekali2 x akan ku tinggalkan dakwah/menyeruh manusia kpd Allah"!!! Lebih kurang 13 thn je buat dakwah di Mekah Allah anugerahkn Nabi s.a.w sebuah kerajaan di Madinah, itu pun org Madinah yg dtg ke Mekah pd musim haji dan mengangkat Nabi s.a.w sebagai ketua/pemimpin. Kalaulah semua nabi2 yg diutus oleh Allah dari Nabi Adam hingga nabi akhir zaman junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w untuk mentauhidkan Allah (dakwah) ini kan pulak kita yg beriman dgn Allah patutnya kita mencontohi amalan dakwah para nabi2.Amalan dakwah cara nabi2 jgn di pandang mudah hanya org berilmu yg dlm memahaminya!? Ilmu mentauhidkan Allah ini penuh dgn kelebihan n sangat luas cuma kita yg tak terokainya. Kalaulah pekerjaan mentauhidkan Allah ini blh tumbangkan kerajaan Firaun/blh dianugerahkan kerajaan/Nabi Nuh dgn teknologi perkapalan/Nabi Isa dgn perubatan hingga blh hidupkan org yg dah mati/Nabi Sulaiman blh perintah jin,binatang2 dll/Nabi Daud/Nabi Yusof dan ramai lg nabi2 dgn kelebihan masing2. Sahabat2 nabi pun telah buat seperti nabi2 terdahulu buat n Allah telah bg byk kejayaan pd org Islam terdahulu(semua bidang Allah bg anugerah kpd org Islam dlm sistem pentadbiran/teknologi/pertukangan/induk kpd sains moden/perubatan dan byk lg la..(yg x tau perkara ini bykkan la baca sejarah, sirah nabi2 or sahabat2 n buat kajian mendalam. Patutnya kita umat Islam mengambil pekerjaan mentauhidkan Allah/dakwah dlm kehidupan kita sebagai keutamaan. Org Islam di tumbangkan di Baghdad oleh tentera Mongol kerana x buat kerja dakwah la n byk sangat puak2 nak berebut takhta hingga sanggup bersekongkol dgn org kafir utk jatuhkan sesama Islam. So?! Buatla kerja dakwah jgn terlalu terikut2 budaya dan cara org yahudi.

Tanpa Nama berkata...

Ana harap terapkan nilai dakwah kepada bangsa Melayu ni, kita lihat rata-rata orang melayu amat kuat dengan kebendaan, kesenangan dan kesukaan (hiburan). Jadi dari sudut pengisian rohani dan kekuatan akidah tak bagitu mengembang di kalangan mereka. sebab itulah setiap kali pilihan raya majoriti penyokong BN banyak orang melayu yang terkena sogokan dan umpan pilihan raya yang diberikan oleh BN.

Tanpa Nama berkata...

betul gak!!..saya tak terfikir pulak tentang dakwah ni memang hebat. Tk saudara ku info yg berguna.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas cetusan di atas, saya bersetuju n mengakui perkara ini..org Islam mmg x ikut perjuang nabi. Ramai yg ikut cara yahudi. Saya baru trfikir n jelas perkara dakwah ini. Setelah sy kaji mmg semua nabi bt dakwah. Hr ini x nabi patut kita jdkn keutamaan dlm dakwah