09 Mei 2013

Keadaan Ustaz Azizan semakin stabil

28 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang dilaporkan koma semalam, hari ini semakin pulih dan berada dalam kondisi stabil.

Anak beliau Rafi'iy Azizan memaklumkan, bapanya kini masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang dan keadaannya semakin baik.

"Alhamdulillah, ayahanda semakin stabil, insyaAllah akan bertambah baik seperti sedia kala.

"Pohon jangan putus doa kebaikan ke atas diri dan perjuangan beliau," katanya melalui SMS ringkas kepada Harakahdily.

Semalam, berita palsu tersebar di internet kononnya Ustaz Azizan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital itu petang kelmarin akibat mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Bagaimanapun khabar angin itu dinafikan pihak keluarga terdekat yang memaklumkan Ustaz Azizan hanya tidak sedarkan diri akibat jangkitan virus yang merebak selepas dimasukkan antibiotik.

Bagaimanapun keadaan beliau kembali stabil menjelang petang dan dimaklumkan sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal.

"Terima kasih atas doa tuan-tuan sekalian dari kami sekeluarga," kata Rafi'iy.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: