ADDIS ABABA - Sebuah muzium di Habsyah memperkenalkan fosil rangka manusia berusia 3.2 juta tahun yang diberi nama Lucy semalam.
Fosil itu ditemui pada tahun 1974 di wilayah Harar, Habsyah oleh seorang saintis Amerika Syarikat (AS), Donald Johanson.
Ia telah dipulangkan semula selepas lima tahun berada di AS.
Fosil manusia prasejarah yang hampir lengkap itu akan dipamerkan buat pertama kali di Muzium Kebangsaan Addis Ababa di sini.
Fosil itu menjadi sebahagian daripada bahan pameran tersebut yang
akan diadakan sehingga 13 Mei ini sebelum ia disimpan untuk bahan
kajian.
Ia berukuran 0.91 meter lebar dengan panjang 0.15 meter panjang dan berat 27.21 kilogram.
Fosil itu digelar Lucy kerana ketika ia ditemui saintis yang membuat
penemuan tersebut sedang mendengar lagu kumpulan Beatles, Lucy. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan