21 November 2013

DMPP: Timb Pengerusi Tetap calon kedua tertinggi

17 Muharram 1435H. [MOD] -
Salmiyah Harun,21 Nov 2013
SHAH ALAM: Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 memutuskan untuk Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dipilih daripada calon kedua tertinggi dalam senarai calon Pengerusi Tetap.

Ini kerana tidak ada pencalonan yng dipilih untuk jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.

Menurut Wakil Jawatankuasa Pemilihan Dr Mohamad Zuhdi Jawatankuasa Pemilih mencadangkan dua kaedah kepada perwakilan untuk memilih calon Timbalan Pengersi tetap.
Cara pertama iaitu calon kedua terbanyak dalam senarai calon Pengerusi Tetap automatik dipilih sebagai Timbalannya, kedua ialah melalui proses pencalonan yang akan dibuka semula.

Majoriti perwakilan Muktamar Dewan Muslimat telah memilih kaedah pertama dengan jumlah sokongan seramai 519 perwakilan, manakala cara kedua seramai 48 orang.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap, Ketua Muslimat, Timbalan dan Naib masing-masing perwakilan hanya dibenarkan mengundi satu calon sahaja.

Untuk jawatan Ajk Muslimat setiap perwakilan dibenarkan mengundi 12 calon, jika terlebih undi dikira undi rosak, tetapi jika kurang undi kertas undi berkenaan tetap diterima.

Ketika ini 638 perwakilan Muslimat dari seluruh negara sedang membuang undi sehingga jam 12.30 tengah hari ini bagi memilih kepimpinan baru Muslimat bagi sesi 2013-2015.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan: