21 November 2013

Pembuangan undi DMPP sedang berlangsung

17 Muharram 1435H. [MOD] -
Saidah Hairan ,21 Nov 2013
SHAH ALAM: Proses pengundian dan pembuangan undi sedang berlangsung bermula jam 11.15 pagi hingga 12.30 tengahari dimulai dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat diikuti perwakilan setiap negeri.

Pertandingan satu lawan satu untuk jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua DMPP manakala jawatan AJK DMPP diperlukan 12 orang sahaja.

Jumlah perwakilan 638 orang layak mengundi untuk memilih saf kepimpinan DMPP bagi sesi 2013-2015.

Penyandang Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof dicabar mantan Ketua DMPP, ustazah Nuridah Mohd Salleh; penyandang Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmood dicabar Dr Najihah manakala penyandang Naib Ketua dicabar Dr Rosni Adam.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa DMPP bagi sesi 2013 - 2015 dijangka akan diumumkan jam 4 petang ini oleh Pengerusi SPR, Dr Muhamad Zuhdi.

Tiada ulasan: