21 November 2013

Muslimat diseru bangunkan ekonomi sendiri

17 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS digesa memperkasa dan memperkukuhkan ekonomi mereka sekiranya berhasrat untuk terus menawan Putrajaya pada PRU14 nanti.

Tokoh vateran yang juga AJK DMPP Azizah Khatib Mat ketika dalam ucapan penangguhan berkata, Muslimat tidak boleh hanya bergantung kepada tokoh korporat semata-mata untuk mendapatkan dana.

Sebaliknya kata beliau, Muslimat perlu mengetengahkan produk-produk mereka sendiri termasuk memberi sokongan kepada produk Kohilal yang sekian lama diusahakan oleh PAS.
"Setiap negeri dan kawasan kena cari duit. Paling baik jual meja. Mula langkah selepas Muktamar hari ini.

"Tak mahu setiap PRU kita minta daripada ahli korporat. Yang penting kukuhkan ekonomi setiap individu, kawasan dan pusat," katanya.

Namun, beliau melahirkan rasa kecewa kerana muslimat sendiri tidak mahu menonjolkan produk orang Islam yang dijamin kesuciannya.

"Kita ada produk kenapa tidak ditonjolkan dan dimajukan. Jangan ada perasaan hasad dengki.

"Kena ingat, kalau hendak ke Putrajaya, jika tidak ada duit tidak jadilah. Setiap langkah perlu duit," tambah beliau.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan: