21 November 2013

Jadikan Pakatan medan dakwah Dewan Ulamak

17 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,21 Nov 2013
SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Pusat disaran supaya menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medan dakwah sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Perwakilan dari Terengganu, Ustaz Alias Abu Bakar(gambar) berkata, PAS perli mencontohi pendekatan dakwah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. berjaya menyatukan kabilah-kabilah Arab dan Yahudi untuk memberikan sokongan kepada Islam.

Katanya, walaupun kabilah-kabilah Arab musyrikin itu bermusuhan dan orang Yahudi golongan majoriti namun Rasulullah s.a.w. berjaya menyatukan mereka.
“Ini sewajarnya menjadi contoh teladan untuk kejayaan politik kita,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan mewakili zon Timur pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-52 di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini petang ini.

Beliau juga mengharapkan para perwakilan dan ulama haraki supaya menangani kefasadan sama ada yang dicipta oleh Umno BN atau yang ditimbulkan mana-mana gerakan munafiqun sepanjang masa.

Bagaimanapun, katanya untuk menghadapi situasi itu memerlukan kepada ilmu.

“Kita tidak boleh hadapi suasana ini melainkan dengan ilmu,” ujarnya lagi.

Untuk itu, katanya majlis ilmu perlu dirancakkan sama ada di peringkat MTD, kawasan dan sebagainya.

Sehubungan itu, kata beliau pihak pemimpin perlu mengambil perhatian serius mengenai cadangan-cadangan dalam aspek tarbiah yang bukan sahaja dicatatkan dalam buku muktamar tetapi yang diadakan dari masa ke semasa.

“Kita perlu tambah ilmu sama ada ilmu usul fiqh, fiqh alawiyat, siasah syar’iyyah dan lain-lain,” ujarnya.

Tiada ulasan: