21 November 2013

Hina Islam: Alvin, Vivian gagal batal satu daripada tiga tuduhan

17 Muharram 1435H. [MOD] -
Hina Islam: Alvin, Vivian gagal batal satu daripada tiga tuduhanALVIN Tan dan Vivian Lee, keluar dari Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur selepas memberi keterangan di Pejabat Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Julai lalu. - Foto Arkib NSTP/Sairien Nafis
KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang sebelum ini mencetuskan kemarahan kerana didakwa menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook (FB), Julai lalu, gagal dalam permohonan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka.

Mereka didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan berlainan agama. 

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kamardin Hashim dalam penghakimannya, berkata tiada merit dalam permohonan pemohon dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah terpakai kepada semua penganut agama, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun. BH/-

Tiada ulasan: