21 November 2013

Mat Sabu tidak dapat hadir Muktamar PAS esok, mahkamah teruskan kes saman SPR

17 Muharram 1435H. [MOD] -

Mohammad Sabu kecewa kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuannya untuk  menangguhkan perbicaraan berhubung kes saman fitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri Muktamar PAS ke-59 yang akan dirasmikan di Shah Alam esok.Demian menurut satu berita yang disiarkan oleh The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Timbalan Presiden PAS itu, seharusnya mahkamah bertimbang rasa kerana kedudukan beliau sebagai orang nombor dua parti Islam itu dan muktamar yang hanya diadakan setahun sekali.

"Saya tidak berani kata ada unsur sabotaj atau tidak kerana ia melibatkan keputusan mahkamah.
“Namun saya kecewa kerana mahkamah langsung tidak mempertimbangkan rayuan tersebut,” katanya 
Bagaimanapun, Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan tetap menghadiri  muktamar itu sebaik sahaja perbicaraan tersebut selesai.
Menurut Mohamad, keputusan mahkamah itu menyebabkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS tidak dapat hadir ke muktamar.
Pada 5 Mac lepas, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memfailkan saman fitnah terhadap artikel di akhbar milik PAS Harakah.
Wan Ahamd menamakan lima defendan dalam samannya termasuk Mohamad.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilapor dan diterbitkan akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemuramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lepas.
Wan Ahmad berkata reputasinya terjejas selain menuduh kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya sebagai Timbalan Presiden SPR.
Mohamad akan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS dan akan dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muktamar PAS ke-59 itu akan bermula secara rasminya esok. 

Tiada ulasan: