27 Disember 2011

Masyarakat dinasihati tidak dekati pantai

2 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai tidak menghampiri kawasan ‘gigi pantai’ ekoran fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

Setiausaha MKN Kelantan, Mohamad Rosle Mamat berkata, nelayan kecil dan laut dalam diminta supaya mendapatkan maklumat ramalan kaji cuaca terlebih dahulu sebelum keluar ke laut.

Katanya, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran fenomena air pasang besar ini dan meminta kepada penduduk dan nelayan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

”Orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan ‘gigi air’ di pantai kerana ombak besar atau fenomena ekor naga boleh berlaku pada bila-bila masa. Bagi nelayan yang keluar ke laut kita minta mereka supaya meningkatkan tahap keselamatan serta membawa alat perhubungan bagi memudahkan komunikasi sekiranya berlaku bencana,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Mohamad Rosle berkata, fenomena tersebut tidak memberi kesan besar sekiranya tiada hujan lebat di kawasan pedalaman.

”Setakat ini keadaan masih terkawal kerana hujan sekejap-kejap sahaja, sekiranya hujan berterusan kita bimbang akan berlaku banjir besar.

Sinar Harian

Tiada ulasan: