27 Disember 2011

Filem Pendekar bujang lapok itu lebih fresh dan menghiburkan dari media BN


2 Safar 1433H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA

Empat daripada tajuk utama bernama online masih berkisar tentang isu Hassan Ali yang mengkritik dasar PAS walhal isu ini telah pun selesai setelah beliau memohon maaf baru-baru ini.

Tajuk utama tersebut masih lagi tidak berubah walaupun telah masuk tengah hari untuk bagi hari selasa, masa 11.49 pagi.

Mustafa Ali sendiri telah mengambil langkah "kunci mulut" mengenai isu ini kerana baginya ia telah selesai dengan pengakuan terbuka oleh Hassan Ali itu, akan tetapi media BN masih lagi cuba menjadikannya modal penyedap rasa dalam berita mereka.

Media pecacai Umno BN seolah-olah menghalalkan wang cukai rakyat bagi tujuan menginovasikan konsep fitnah di negara ini dengan menyalurkan khabar yang telah lapuk serta tidak berasas.

Saya tidak menolak bahawa perkembangan ini secara positifnya menunjukkan kepada kita bahawa media BN sememangnya berperanan besar dalam melagakan "beberapa" pihak dalam parti lawannya kerana itulah keselesaan mereka.

Media BN gemar menyiarkan berita yang lapok untuk bacaan rakyat, sedangkan mereka perlu sedar bahawa filem Pendekar bujang lapok itu lebih fresh dan menghiburkan dari media (BN) semacam ini.

Adalah hakikat bahawa Media Pakatan yang bebas dari omong kosong dan stategi jijik seperti media pro kerajaan, berita dari media PR lebih terkini walaupun ada antaranya tidak mendapat bayaran yang mewah seperti media pro BN.

Sekilas pandang, tajuk-tajuk berita lain sepatutnya dijadikan isu negara lebih perlu diletakkan sebagai tajuk utama untuk tatapan pembaca. Malah ia boleh menyumbang kepada kelancaran pembangunan negara yang kita cintai.

Tindakan sebegini jelas menggambarkan kepada kita bahawa media pro BN tidak berfikir perkara lain selain agenda mahu mewujudkan kucar kacir dalam Pakatan itu sendiri dan juga usaha mengurangkan kepercayaan terhadap PR menjelang PRU13 tidak lama lagi.

Apa yang mereka fikirkan tidak lain dari mengekalkan kuasa yang sudah berada dipenghujungnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju.....Seniman Bujang Lapok pun best layan...