28 Disember 2011

Takziah : Ayah MP Shah Alam dan Ayah Ketua Pemuda Perak meninggal dunia.

3 Safar 1433H. [MOD] -

Saya menerima sms dari SU Kerja DPP Perak , Sdr Safrizal Saleh mengenai kembalinya ke Rahmatullah Ust. Hj. Hasan, ayah kepada Ketua Pemuda PAS Perak dan sms dari PJ PAS Selangor, YB Dr. Rani mengenai kematian Hj. Abd Samad ayah kepada Ahli Parlimen Shah Alam.

Kesempatan ini saya merakamkan ucapan takziah kepada YB. Khalid Samad dan Ustaz Zawawi Hassan yang kehilangan orang tersayag dan berjasa dalam hidup masing.

Saya juga memohon maaf kerana tidak sempat untuk menziarahi mereka berdua .

Saya yang masih berada di Aceh mendoakan agar roh kedua arwah di tempatkan bersama orang yang beriman. Saya juga mengharapkan agar YB. Khalid dan Ustaz Zawawi terus tabah dan bersabar dengan pemergian ayahanda merekatercinta.

Solat jenazah kepada Ayah Ust. Zawawi ialah pada jam 10 pagi ini di Mesjid Tebuk Pancur Bukit merah dan Ayah kepada YB, Khalid pada selepas solat zohor hari ini di Mesjid UIA Sekysen 17.

Tiada ulasan: