28 Disember 2011

Mahasiswa himpun depan UPSI

3 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan himpunan di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut segala tuduhan ke atas koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abd Halim digugurkan.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indepen-den (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, perhimpunan ini berlangsung pada 31 Disember ini, 9 malam sehingga keesokan harinya.

Menurutnya, perhimpunan diadakan berikutan pihak UPSI telah mengeluarkan surat mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti dan mengancam ketenteraman awam.

“Ancaman apa dimaksudkan itu tidak pasti, tetapi apa yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal.

“Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu katanya, SMM turut mendesak enam tuntutan pergerakan mahasiswa diambil perhatian kerajaan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: