28 Disember 2011

1 maut, 10 cedera parah serangan udara Israel

3 Safar 1433H. [MOD] -

BANDAR GAZA: Serangan udara tentera Israel mengakibatkan seorang rakyat Palestin terbunuh manakala 10 yang lain cedera parah di Tebing Gaza, malam Selasa (waktu tempatan).

Ahli perubatan dan pihak berkuasa Palestin, berkata mangsa yang terbunuh dikenali Abdallah al-Telbani, 22, ketika beliau sedang menaiki beca bermotor di kem pelarian Jabaliya di utara tebing itu ketika serangan berlaku.

Pegawai kementerian kesihatan berkata, serangan kedua disasarkan ke arah sebuah jip yang mencederakan 10 mangsa, di mana ketika itu ia sedang menuju ke timur Bandar Gaza. - AFP

Tiada ulasan: