30 Disember 2011

Sekurang-kurangnya 13 maut dalam nahas lori tangki minyak

5 Safar 1433H. [MOD] - CARACAS: Sekurang-kurangnya 13 maut apabila sebuah lori tangki yang sarat dengan minyak petrol terbabas dan meletup serta memusnahkan beberapa kereta dan bas di Venezuela. Ketua Jabatan Bomba Caracas, 

William Martinez, berkata lori tangki itu terbalik dan menyebabkan minyak petrol melimpah dan mengakibatkan kebakaran serta memusnahkan tujuh kenderaan. 

Anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan yang hangus. Martinez berkata, pemandu lori tangki itu hilang kawalan ketika memandu di lebuh raya tetapi punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan. - AP

Tiada ulasan: