05 Mac 2012

Konservatif Yahudi enggan jadi askar

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Parti agama dalam kerajaan Israel mahu lelaki Ultra Ortodok tumpu baca Taurat

BAITULMAQDIS: Parti agama dalam kerajaan Israel tetap menentang sebarang undang-undang baru mewajibkan lelaki ‘Ultra Ortodok’ berkhidmat dalam tentera, pendirian yang mengancam kerajaan gabungan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Minggu lalu, Mahkamah Agung Israel menarik balik undang-undang enam dekad yang membantu puluhan ribu lelaki ‘Ultra Ortodok’ mengelak daripada menyertai tentera, sebaliknya melanjutkan pengajian agama dengan dibiayai kerajaan.

Undang-undang yang memberi keistimewaan itu mencetuskan kemarahan berleluasa majoriti sekular Israel dan menggalakkan lelaki ‘Ultra Ortodok’ menjadi pelajar sepanjang hayat, meninggalkan keluarga untuk hidup dengan bergantung bantuan kerajaan.

Menjelang pelaksanaan undang-undang baru pada Julai depan, Netanyahu perlu mencari formula baru yang diterima mahkamah dan parti agama dalam gabungannya.

Netanyahu berjanji menggantikan ‘Tal Law’ dengan perundangan membenarkan ‘perkongsian beban sama rata.’

Jika tiada undang-undang baru selepas ia tamat pada 31 Julai, kerahan tentera akan berkuat kuasa.

Bergantung pada kedua-dua parti sekular dan Ultra Ortodok dalam kerajaannya, Netanyahu berdepan dengan tugas sukar menyediakan sistem baru.

Dalam usaha menunjukkan perpaduan yang jarang berlaku, musuh parti Ultra Orthodoks bertemu pada malam Ahad untuk menyertai mereka menentang sebarang pengubahsuaian yang mendedahkan undian terhadap deraf.

Lelaki Israel perlu menjalani khidmat ketenteraan bermula usia 18 tahun. Tetapi, pemimpin agama Ultra Ortodok percaya pengikutnya perlu menghabiskan masa mempelajari keseluruhan kitab agama itu.

“Kami tidak akan wujud tanpa Taurat. Kami sedia mati kerananya,” lapor akhbar Haaretz yang memetik penggubal undang-undang Parti Bersatu Taurat Judaism, Moshe Gafni yang merujuk kepada kitab pertama daripada lima kitab Yahudi.

Walaupun rakan kongsi gabungan Netanyahu tidak mengancam keluar daripada kerajaan, keputusan mahkamah mengancam menjatuhkan kerajaan dengan memaksanya membuat pilihan parti perlu disokong.

Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman dari parti sekular Yisrael Beitenu tidak setuju meneruskan undang-undang lama. – AP

Tiada ulasan: