05 Mac 2012

Liga Perdana: MU menang selesa, rapat jurang

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MANCHESTER United (MU) mengekalkan tekanan saingan mengejar tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengetepikan Tottenham 3-1, semalam.

Dengan menjaringkan tiga gol sebelum jaringan tunggal di pihak Tottenham, MU mengumpulkan 64 mata, tetapi pesaing terdekatnya Manchester City masih di depan dengan 66 mata.

Dua daripada tiga gol MU dijaringkan oleh Ashley Young pada minit ke-60 dan 68 manakala Wayne Rooney memberi jaringan awal minit ke-45.

Tottenham memperoleh gol menerusi Jermain Defoe pada minit ke-87.

Pasukan Roberto Mancini memperluaskan jurang gol dengan mengatasi Bolton Wanderers menerusi lima jaringan kelmarin tetapi MU membalas dengan gaya yang sama semalam, tetapi tiga gol, pada pertemuan di White Hart Lane, untuk merapatkan jurang saingan.

Kedua-dua Manchester City dan MU telah melengkapkan 27 perlawanan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: