05 Mac 2012

Surat Mahathir bukti iktiraf Israel

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu pengiktirafan terhadap negara haram Yahudi tersebut. Pendedahan tersebut melondehkan hipokrisi dan penipuan Umno terhadap rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel, kerana penghantaran surat rasmi itu sebenarnya satu pengiktirafan secara langsung ke atas kewujudan negara Israel.

Persoalan pengiktirafan terhadap Israel menjadi topik utama apabila beberapa buah negara Islam membantah perjanjian Camp David kerana perjanjian tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan Mesir kepada negara Yahudi tersebut.

Walaupun dunia menyedari bahawa wujudnya kerajaan haram Israel, namun apa yang penting menonjol dalam pendedahan surat-surat tersebut ialah kerajaan Malaysia seolah-olah mengakui negara haram ini yang dirampas oleh pendatang haram Israel, dan memaksa rakyatnya menjadi pelarian ini sebagai satu negara yang sah.

Melalui surat yang dihantar oleh Dr Mahathir dan urus-dagang antara Malaysia dan Israel yang terus berjalan seperti yang didedahkan telah secara langsung menyinsingkan muka kepura- puraan kerajaan dan sikap berbohongnya terhadap rakyat dalam isu hubungan negara dengan Israel selama ini.

Mana mungkin seseorang Perdana Menteri boleh menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel kalau tidak mengiktiraf negara tersebut. Jawatan yang dipegang kerana adanya negara, maka secara simboliknya penghantaran surat tersebut jelas ialah satu pengiktirafan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
4 Mac 2012

Harakah Daily

Tiada ulasan: